 Terbitan: Jabatan al-Quran dan al-Hadith
Sem. Malaysia: RM45 Sabah/Sarawak: RM48
464 Halaman
Tradisi dan budaya keilmuan yang wujud di dunia Melayu pada hari ini adalah hasil daripada kesungguhan dan pengorbanan para ulamanya. Penat lelah mereka diterjemahkan melalui pengajaran dan penghasilan menuskrip telah berjaya membantu meningkatkan tahap keilmuan dan kefahaman masyarakat Islam. Inisiatif mereka dalam memantapkan pendidikan anak bangsa dengan penubuhan pelbagai pusat pendidikan dan pengajian sama ada berbentuk tradisional ataupun moden telah menggalakkan penyebaran ilmu dan mengurangkan tahap kejahilan di kalangan masyarakat.
Namun di sebalik kedudukan berprestij al-Quran dan al-Hadith sebagai sumber rujukan utama dalam bidang pengajian Islam, ia dikatakan tidak berkembang dan tersebar secara sepatutnya di Nusantara. Tidak ramai tokoh-tokoh ulama Nusantara yang dikenali kerana kewibawaan mereka di dalam mereka dalam bidang tafsir ataupun hadith. kebanyakan mereka lebih dikenali dengan keterampilan mereka di dalam bidang fiqh, tasawuf ataupun ilmu kalam.
Buku Khazanah al-Quran dan al-Hadith di Nusantara ini adalah hasil koleksi kertas kerja terpilih daripada Seminar Warisan al-Quran dan al-Hadith Nusantara (SIQAH). Buku ini amat perlu diketengahkan kepada umum untuk memastikan ketokohan, jasa serta karya-karya mereka terutamanya berkaitan al-Quran dan al-Hadith dapat dipelihara. Ia merupakan satu khazanah warisan negara yang sangat berharga buat rujukan masyarakat hadhari. Buku ini akan menumpukan perbahasan kepada tokoh-tokoh ulama, karya-karya dan institusi-institusi yang terdapat di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Brunei.
|
Post a Comment