|
|
|

|
MENU UTAMA BUKU |
KLIK PADA GAMBAR UNTUK MAKLUMAT LANJUT
|
KLIK PADA GAMBAR UNTUK MAKLUMAT LANJUT
|
KLIK PADA GAMBAR UNTUK MAKLUMAT LANJUT
|
|
Pengajian Hadith Di Malaysia: Tokoh-Karya-Institusi |
Saturday, October 16, 2010 |

Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman
Sem. Malaysia: RM30 Sabah/Sarawak: RM33
288 Halaman
Buku 'Pengajian Hadith Di Malaysia: Tokoh-Karya-Institusi' merupakan sebuah buku yang memaparkan sejarah perkembangan pengajian hadith di Malaysia yang telah bermula sejak awal kurun ke 20. Buku ini mengupas mengenai sumbangan tokoh-tokoh ulama Melayu dalam pengajian Hadith melalui karya-karya penulisan mereka seterusnya institusi-institusi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan penyebaran hadith seperti masjid, pondok, sekolah agama sehinggalah diperingkat institusi pengajian tinggi.
Antara tokoh ulama Melayu yang diperkenalkan dalam buku ini sebagai tokoh yang menyumbang dalam pengajian hadith di Tanah Melayu ialah Syeikh Abdul Halim Hadi, Abu Bakar Palestin, Syeikh Muhammad Idris al-Marbawi, Mustafa Abdul Rahman dan ramai lagi. Buku ini juga turut mengupas karya hadith tulisan jawi antaranya Ilham al-Bari, Tajzib Atraf al-Hadith, Bahr al-Madhi, dengan Guru Sahih Bukhari dan Muslim, Bulugh al-Maran terjemahan melayu dan sebagainya. Buku ini turut memuatkan maklumat mengenai sumbangan institusi formal dan tidak formal dalam pengajian hadith seperti Pusat Pengajian Pondok, Kandis, Bachok Kelantan, Pondok al-Madrasah al-Latifiyyah, Pondok Lubuk Tapah, Madrasah Miftah al-Ulum Bandar Seri Petaling, Pusat Pengajian al-Quran Darul Kauthar, Pusat Khidmat Sosial Islam (PAKSI), dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Read more!
|
posted by Imtiyaz Group @ 1:07 AM  |
|
|
Manahij al-Muhaddithin: Metode dan Pendekatan Sarjana Hadith |
|
Dr. Faisal Ahmad Shah
Sem. Malaysia: RM25 Sabah/Sarawak: RM28
240 Halaman
Buku 'Manahij al-Muhaddithin: Metode dan Pendekatan Sarjana Hadith' membincangkan mengenai kategori dan jenis karya-karya hadith beserta metode yang diaplikasikan oleh sarjana hadith. Buku yang membahaskan 21 kategori karya hadith dengan kupasan metode kepada 40 buah karya hadith dianggap paling lengkap dan komprehensif pernah dihasilkan dalam bahasa melayu. Bab pertama buku ini membincangkan mengenai fungsi dan kedudukan hadith dalam Islam. Termasuk di bawah perbahasan bab ini juga ialah isu-isu berkaitan penolakan hadith pada masa kini.
Dalam bab kedua penulis membincangkan mengenai pengkaryaan hadith pada abad pertama dan kedua hijrah. Antara subtopik yang dibincangkan ialah keharusan penulisan hadith pada zaman Rasulullah dan kontroversi yang timbul mengenai hadith-hadith suruhan dan larangan. Turut dibincangkan ialah mengenai sahifah-sahifah yang ditulis oleh para sahabat dan dua kitab pertama yang dihasilkan pada kurun kedua iaitu Muwatta Malik dan Musnad al-Shafie. Kupasan mengenai Kutub al-Sittah pula dibincangkan melalui bab ketiga.
Manakala dalam bab keempat dan kelima pula sebanyak 20 jenis karya hadith dibincangkan antaranya al-Mustadrak, al-Mustakharjat, Gharib al-Hadith, Mustalah al-Hadith, al-Ma'ajim, Mukhtalif dan Musykil al-Hadith, Sharah al-Hadith, al-'Ilal, al-Mawdu'at dan sebagainya. Setiap karya yang dikenalkan dalam buku ini diulas secara komprehensif merangkumi biodata penulis, kandungan dan metode penulisan kitab.
Read more!
|
posted by Imtiyaz Group @ 12:55 AM  |
|
|
Buku Kemelut Peradaban Remaja |
|
Terbitan: Jabatan al-Quran dan al-Hadith
Isu mengenai keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia bukanlah suatu yang baru. Saban hari kita didedahkan dengan perbuatan dan perlakuan tidak bermoral dan bertentangandengan Islam oleh segelintir rakyat Malaysia seolah-olahnya tiada kesudahan. Statistik menunjukkan isu-isu kemaksiatan, penagihan dadah, pembuangan bayi, penderaan kanak-kanak, perzinaan, khalwat, sumbang mahram, judi, arak di Malaysia terus meningkat dari tahun ke tahun. Pelbagai seminar, bengkel, program pernah diadakan. Pelbagai resolusi dan perancangan telah dilaksanakan. Namun ia masih gagal membendung atau mengurangkan masalah sosial dalam kalangan masyarakat.
Justeru buku 'Kemelut Peradaban Remaja Di Malaysia' memaparkan isu-isu yang berkaitan dengan usaha untuk meningkatkan peradaban mereka dalam pelbagai aspek termasuk kaedah al-Quran dalam menangani isu-isu remaja, al-Manhaj al-Nabawi dalam berinteraksi dengan remaja, pendekatan holistik dalam menangani gejala seksual dan perzinaan dalam kalangan remaja belia, peranan al-Amr bi al-Ma'ruf wa al-Nahy 'an al-Munkar dalam menangani isu-isu sosial, memahami perkembangan dan keperluan remaja dan peranan institusi keluarga dalam memartabatkan peradaban remaja.
Pendedahan berguna melalui buku ini diharap dapat menjana paradigma seluruh umat Islam dalam pelbagai peringkat untuk terus bekerja meningkatkan martabat peradaban remaja Islam kini kerana mereka adalah 'Amanah dan Tanggungjawab Bersama, Tonggak Masa Depan Negara dan Memimpin Masa Depan Ummah'.
Read more!
|
posted by Imtiyaz Group @ 12:45 AM  |
|
|
|
|